Pemandu lori 10 tan maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan

Pemandu lori 10 tan maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan

KEADAAN kemalangan membabitkan bas ekspres dan dua buah lori di Kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, di Hulu Selangor awal pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di Kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai pemandu lori 10 tan milik sebuah syarikat keselamatan.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, kelindan kenderaan berat itu iaitu lelaki berusia 39 tahun turut patah tulang rusuk dan lelaki pemandu treler pula cedera di leher namun dia menolak untuk dibawa ke hospital.

Menurutnya, turut cedera membabitkan mangsa bas ekspres iaitu seorang pemandu dan empat penumpang.

“Pemandu bas yang tersepit parah di bahagian kepala dan kaki kiri. Tiga penumpang lelaki cedera ringan dengan majoriti kecederaan di kaki dan badan manakala seorang lagi iaitu kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan di hidung dan dalam keadaan sedar.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seramai 31 individu terbabit kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Hulu Selangor di sini awal pagi tadi.

Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.12 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN