KOTA BHARU: Pas menegaskan parti itu mahu menerajui Perikatan Nasional (PN) dan akan mengumumkan calon pengerusi gabungan tersebut Ahad ini, menerusi Mesyuarat Luar Biasa Majlis Teringgi PN. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara tersebut telah persetujui oleh parti komponen dalam PN. “Sebelum ini memang ada mengatakan terdapat parti yang tidak bersetuju pelantikan Pengerusi daripada Pas, namun perkara itu tidak berbangkit. “Semua sudah bersetuju dengan pelantikan Pengerusi daripada Pas,”…










