WALAUPUN mahu menyelesaikan segera isu pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, Pas terpaksa akur dan bersabar kerana ia tidak semudah seperti disangka apabila bergerak dalam sebuah gabungan. PN mempunyai empat parti komponen iaitu Pas selaku parti terbesar dalam gabungan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP). Jika keempat-empat presiden parti komponen ini mengesahkan hadir mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN yang disyorkan selepas 19 Februari ini,…










