Parkir pintar: MPK, syarikat pengendali cari penyelesaian menang-menang - Utusan Malaysia

Parkir pintar: MPK, syarikat pengendali cari penyelesaian menang-menang

AFFENDI RAJINI KANTH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan syarikat pengendali akan mencari penyelesaian menang-menang bagi pelaksanaan sistem parkir pintar selepas penangguhannya ditarik semula kerajaan negeri.

Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth berkata, susulan pengumuman penarikan penangguhan tersebut, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga telah mengeluarkan arahan kepada syarikat pengendali agar memberikan cadangan alternatif kepada MPK selepas ketiadaan palang.

Katanya, buat masa ini, syarikat pengendali masih belum memberikan secara rasmi maklum balas berhubung cadangan alternatif tersebut.

“Kita kena cari alternatif dan jalan tengah lain agar pelaksanaan parkir pintar dapat diteruskan seperti kehendak kerajaan negeri. Dan dalam masa sama, perkara membabitkan ketiadaan palang ini juga perlu difikirkan.

“Walaupun palang telah tiada tapi kita harus ingat bahawa usaha untuk laksanakan parkir pintar ini perlu diletakkan sebagai agenda utama,” katanya di sini hari ini.

Affendi berkata, buat masa ini, pihak syarikat terlibat juga sedang dalam proses bagi melakukan kajian dalam meneruskan semula agenda pelaksanaan parkir pintar di negeri ini.

“Kita bukannya batalkan parkir pintar dan ia tetap diteruskan namun hanyalah tanpa penggunaan palang, itu sahaja.

“Dan pihak MPK juga tidak akan berpatah balik kepada konsep lama seperti penggunaan kupon dan sebagainya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN