Mekanik putus kaki akibat letupan kebocoran gas pendingin hawa kereta stabil

Mekanik putus kaki akibat letupan kebocoran gas pendingin hawa kereta stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mekanik yang putus kaki kanan akibat letupan susulan kebocoran gas pendingin hawa semasa membaiki sebuah kenderaan di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo, Tanah Merah, kelmarin dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Azman Yacob berkata, ketika ini mangsa masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Tanah Merah.

“Mekanik berkenaan berada di bawah pemantauan pakar ortopedik, pembedahan dan bius,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan kejadian letupan di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo, Tanah Merah, yang menyebabkan seorang mekanik putus kaki kanan akibat kebocoran gas pendingin hawa ketika mangsa sedang membaiki sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Mohd. Sharul Nizam Rahim, 31, sedang bekerja seorang diri di bengkel berkenaan ketika kejadian berlaku.

Katanya, soal siasat awal terhadap ahli keluarga mangsa mendapati kejadian tersebut disyaki berpunca daripada kebocoran gas pendingin hawa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN