Lamborghini RM1 juta disita pihak berkuasa

Lamborghini RM1 juta disita pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pemilik Lamborghini berputih mata apabila kenderaan mewah bernilai lebih £200,000 (RM1 juta) miliknya diangkut dan ditunda oleh pihak berkuasa dalam operasi penguatkuasaan parkir secara haram di Kensington, Britain.

Kereta model Lamborghini Urus S serba hitam itu disita di Derry Street, berhampiran High Street Kensington, kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.

Sebelum ditunda, sekeping notis kompaun (PCN) bernilai £160 (RM863) telah pun dikeluarkan dan dilihat berada pada cermin hadapan kenderaan tersebut.

Tindakan tegas itu dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Diraja Kensington dan Chelsea (RBKC), di mana kenderaan tersebut dipercayai dibawa ke depoh simpanan kenderaan di Jalan Lots.

Berdasarkan operasi penundaan kenderaan RBKC, keutamaan diberikan untuk menyita kenderaan milik pesalah tegar iaitu mereka yang mempunyai tiga atau lebih saman tertunggak.

Sitaan itu dilakukan seawal 15 minit selepas mereka dikesan melakukan pelanggaran baharu.

Bagi pesalah biasa, tindakan tunda akan dilakukan dalam tempoh 30 minit selepas kompaun dikeluarkan.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada ‘perang’ berterusan antara pihak berkuasa tempatan dengan pemilik kereta mewah yang sering melanggar peraturan jalan raya.

Pada Disember tahun lalu, Majlis Perbandaran Westminster mendedahkan bahawa pemberian saman semata-mata tidak lagi berkesan untuk menghalang pemandu-pemandu daripada melakukan kesalahan.

‘Kedegilan’ pemandu-pemandu itu memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan lebih keras dengan menyita kenderaan mereka.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN