RAUB: Tragedi kebakaran kembali meragut nyawa di daerah ini apabila seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal dan tempat memproses durian di Kampung Bukit Koman, malam tadi.
Mangsa, K. Nadarajan, 75, disahkan maut di lokasi kejadian selepas premis berkenaan musnah terbakar sepenuhnya.
Seorang lagi rakan mangsa sempat menyelamatkan diri.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd. Shahril Abdul Rahman, petugas di Kaunter Aduan Balai Polis Raub. menerima panggilan tentang kejadian itu pukul 7.40 malam.
“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian adalah sebuah bengkel motosikal dan tempat memproses durian yang beroperasi pada waktu siang sahaja.
“Semasa kejadian berlaku terdapat dua orang lelaki India yang sedang duduk dan minum di lokasi tersebut. Namun, seorang lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Shahril berkata, mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Raub untuk bedah siasat.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya. – UTUSAN










