PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang dalam masa terdekat susulan pemecatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan itu juga akan melibatkan seluruh ahli Parlimen daripada blok pembangkang. “Isu ketua pembangkang akan dibincang dalam kalangan MP (ahli Parlimen) dan PN dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia. Bersatu kelmarin memecat…










