Jepun temui unsur nadir bumi di dasar laut

Jepun temukan unsur nadir bumi di dasar laut

SEDIMEN yang mengandungi unsur nadi bumi dikumpulkan di atas kapal Chikyu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sedimen yang mengandungi unsur nadir bumi telah diambil dari dasar laut pada kedalaman 6,000 meter dalam satu misi ujian Jepun, menurut kenyataan kerajaan pada Isnin.

Kejayaan itu berlaku ketika negara tersebut berusaha mengurangkan kebergantungan kepada China terhadap mineral berharga tersebut.

Jepun berkata misi tersebut merupakan usaha pertama di dunia untuk meneroka unsur nadir bumi dasar laut dalam pada kedalaman sedemikian.

“Perincian akan dianalisis, termasuk jumlah sebenar unsur nadir bumi yang terkandung,” kata jurucakap kerajaan, Kei Sato, sambil menyifatkannya sebagai satu pencapaian bermakna dari segi keselamatan ekonomi dan pembangunan maritim menyeluruh.

Sampel itu dikumpulkan oleh sebuah kapal penggerudian saintifik laut dalam bernama Chikyu yang belayar bulan lalu ke pulau terpencil, Minami Torishima di Lautan Pasifik, di mana perairan sekitarnya dipercayai mengandungi simpanan besar mineral berharga di sekitar pulau tersebut dipercayai menyimpan khazanah mineral yang sangat kaya.

Langkah ini diambil ketika China, yang merupakan pembekal nadir bumi terbesar dunia, mula meningkatkan tekanan terhadap Jepun.

Hubungan kedua-dua negara tegang selepas Perdana Menteri, Sanae Takaichi pada November tahun lalu mencadangkan Tokyo mungkin bertindak dengan menggunakan pendekatan ketenteraan jikaTaiwan diserang oleh Beijing.

Beijing telah menyekat eksport ke Jepun bagi barangan dwi-fungsi yang berpotensi digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan di Jepun bahawa China boleh menyekat bekalan unsur nadir bumi, yang sebahagiannya termasuk dalam senarai barangan tersebut oleh Beijing.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN