MARAN: Ujian berat menimpa seorang imam apabila dia terlantar akibat serangan strok sejak September lalu sekali gus menjejaskan sumber pendapatan keluarga yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada elaun perkhidmatan agamanya. Rosni Hassan, 61, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai Pak Tam merupakan Imam Masjid Felda Anggerik Jengka Satu di sini dan bekas tenaga pengajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Dia disahkan mengalami strok sebelah kanan badan menyebabkannya…










