GEORGE TOWN: Hampir tiga juta individu pekerja sendiri di negara ini tidak dilindungi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Lindung Kendiri. Data Perkeso menunjukkan, setakat 23 Januari lalu, hanya kira-kira 10 peratus atau 325,008 daripada 3.26 juta individu bekerja sendiri di negara ini mempunyai caruman aktif di bawah Skim Lindung Kendiri pertubuhan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, situasi itu…










