PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 523 penduduk Semenanjung Gaza dibunuh dalam serangan tentera Zionis sejak gencatan senjata dilaksanakan 115 hari lalu. Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian mencecah 71,795 orang setakat ini. Pusat Komunikasi Kerajaan di Pejabat Perdana Menteri Palestin memaklumkan, serangan rejim Israel masih berterusan menerusi udara, bedilan artileri dan tembakan di pelbagai kawasan di Gaza. Katanya, meskipun sudah memasuki hari ke-115 sejak perjanjian gencatan senjata pada 10 Oktober 2025 dipersetujui,…










