Epstein pernah rancang 'curi' aset Libya

Epstein pernah rancang ‘curi’ aset Libya

SEORANG penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di luar Capitol AS selepas sidang media mengenai Akta Ketelusan Fail Epstein di Washington.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dokumen terbaharu berkaitan pesalah seks, Jeffrey Epstein mendedahkan rancangan beliau untuk mengakses aset negara Libya yang dibekukan, dengan kemungkinan mendapat sokongan daripada bekas pegawai perisikan Britain dan Israel.

Kumpulan dokumen terbaharu itu dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu, sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap Epstein.

Satu daripada dokumen tersebut, termasuk e-mel yang dihantar pada Julai 2011, menyenaraikan mesej pengirim sebagai peluang kewangan dan perundangan yang dikaitkan degan ketidakpastian politik serta ekonomi di Libya ketika itu.

Menurut e-mel tersebut, kira-kira AS$80 bilion (RM315 bilion) dana Libya dipercayai dibekukan di peringkat antarabangsa, termasuk AS$32.4 bilion (RM127.7 bilion) di AS, dengan aset yang diseleweng dan dicuri berpotensi bernilai tiga hingga empat kali ganda jumlah itu.

Surat-menyurat itu menyatakan mengenal pasti dan mendapatkan semula walaupun sebahagian kecil daripada dana tersebut boleh menjana keuntungan berbilion dolar.

Dokumen itu turut menyebut Libya dijangka perlu membelanjakan sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM394 bilion) pada masa hadapan bagi tujuan pembinaan semula dan pemulihan ekonomi, yang digambarkan sebagai peluang besar.

E-mel tersebut menggambarkan Libya sebagai sebuah negara yang mempunyai rizab tenaga besar dan kadar literasi tinggi, faktor dikatakan boleh memberi kelebihan bagi inisiatif kewangan dan undang-undang.

Ia juga menyatakan beberapa bekas anggota perkhidmatan perisikan luar Britain, M16, dan agensi perisikan luar Israel, Mossad, bersedia untuk membantu usaha mengenal pasti serta memulihkan aset yang didakwa sebagai ‘dicuri’.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN