PUTRAJAYA: Rangkaian penyeludupan migran dikenali sebagai Sindiket Iqbal berjaya dibongkar selepas tujuh warganegara Bangladesh ditahan dalam satu operasi di sebuah pangsapuri perkhidmatan di Taman Maluri, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, premis itu dikenal pasti dijadikan sebagai safe house sementara bagi migran yang baru tiba dari pantai timur sebelum dihantar ke destinasi seterusnya. Katanya, mereka dipercayai dibawa selepas melalui sempadan Malaysia-Thailand secara tidak sah. “Hasil…










