Wanita dituduh dera anak tiri, kurung dalam tandas selama berbulan

Wanita dituduh dera anak tiri, kurung dalam tandas selama berbulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Ibu tiri kepada dua kanak-kanak yang didera sehingga seorang daripadanya meninggal dunia dijangka mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya kerana menganiaya mangsa.

Mahkamah menetapkan tarikh 13 Mac untuk wanita berusia 35 tahun itu, identiti dirahsiakan bagi melindungi mangsa termasuk anak lelaki yang masih hidup, membuat pengakuan bersalah selepas satu persidangan pra-perbicaraan semalam.

Beliau kini berdepan enam pertuduhan, termasuk penderaan terhadap anak dan memberi maklumat palsu kepada polis mengenai dakwaan penderaan oleh bekas suaminya.

Semasa perbicaraan, pasangan tersebut memberi keterangan mereka sedang dalam proses perceraian.

Mangsa perempuan berusia lima tahun ketika meninggal dunia, manakala abangnya kini berumur enam tahun.

Wanita itu dituduh melayan dua anak tirinya dnegan teruk, bersama suaminya ketika itu, dengan mengurung mereka di sudut bilik berukuran sekitar 90 sentimeter (cm) kali 90 cm dengan ruang pergerakan yang terhad.

Ia berlaku selama kira-kira lapan bulan dari Februari 2016.

Dia juga dituduh mengurung mangsa dalam keadaan bogel di dalam tandas dari Oktober 2016 hingga Ogos 2017.

Selain itu, pada 12 Ogos 2017, wanita itu didakwa memberi keterangan palsu dengan mendakwa suaminya menumbuknya beberapa kali, bertujuan menghentikan siasatan polis terhadapnya.

Minggu berikutnya, wanita itu didakwa memberi berbohong kepada polis, mendakwa suaminya mahu melakukan hubungan seks dengannya tetapi menyerangnya apabila dia enggan dan cuba melawan.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan meninggal dunia pada 12 Ogos 2017, kurang zat makanan dan kurus kering.

Ibu tirinya telah memberi keterangan semasa perbicaraan bapa mangsa.

Bapa kepada kanak-kanak itu akhirnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Jika didapati bersalah atas tuduhan mendera kanak-kanak di bawah jagaan, wanita itu boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda sehingga S$4,000 (RM12,717), atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Jika didapati bersalah atas tuduhan memberi maklumat palsu kepada polis, beliau boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 (RM15,896), atau kedua-duanya.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN