Venezuela intai peluang baharu dengan EU, UK

Venezuela intai peluang baharu dengan EU, UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Kerajaan sementara Venezuela bersedia untuk meneruskan ‘agenda baharu’ dengan Kesatuan Eropah (EU) dan Britain selepas rundingan dengan duta-duta mereka, susulan penggulingan presidennya, Nicolas Maduro.

Menteri Luar Venezuela, Yvan Gil, menggesa agar saluran dialog dibuka dengan EU, yang sebelum ini tidak mengiktiraf Maduro sebagai pemimpin sah negara itu.

“Kami bersedia untuk memajukan agenda kerja baharu yang intensif demi kesejahteraan rakyat Eropah dan Venezuela,” kata Gil dalam siaran dari istana presiden Miraflores.

Gil menyifatkan pertemuan tersebut sebagai ‘jelas, mesra dan menyenangkan’.

Perbincangan antara duta-duta Eropah dan Presiden Interim Venezuela, Delcy Rodriguez serta menterinya merangkumi bidang tenaga, pendidikan, sains, teknologi dan farmaseutikal.

Pertemuan tersebut diadakan tiga hari selepas Caracas dan Washington bersepakat mengambil langkah ke arah memulihkan hubungan diplomatik, yang terputus sejak 2019.

EU sebelum ini mengenakan sekatan terhadap kroni Maduro, menyokong pembangkang secara terbuka dan menggesa penyertaan ketua pembangkang, Maria Corina Machado, dalam proses peralihan Venezuela.

Tahun lalu, Maduro mengarahkan Perancis, Belanda dan Itali mengurangkan kakitangan diplomatik mereka di Venezuela kepada hanya tiga orang.

Rodríguez, yang sebelum ini merupakan naib presiden di bawah Maduro, mengambil alih jawatan presiden sementara selepas serangan udara AS di Caracas pada 3 Januari.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN