SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap penganjuran sebarang aktiviti songsang LGBTQ di negeri ini kerana melangkaui batas fitrah. Malah, baginda menegaskan perbuatan itu boleh mengundang kemurkaan serta laknat daripada Allah SWT ke atas negeri ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin dan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir dalam kenyataan bersamanya berkata, Sultan Sharafuddin tidak berkenan terhadap sebarang bentuk…










