SPRM rampas aset, wang tunai RM16.1 juta

SPRM rampas aset, wang tunai RM16.1 juta

AZAM Baki menunjukkan barangan kemas yang dirampas dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan merampas keseluruhan wang tunai dan aset bernilai RM16.1 juta dalam dua operasi membabitkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, dalam Op Pa­rasit, wang tunai dan aset bernilai RM11.4 juta dirampas manakala Op Star bernilai RM4.7 juta.

Bagi Op Parasit, katanya, wang tunai berjumlah RM4.4 juta telah dirampas selain mata wang asing bernilai RM1.4 juta dan sebuah kereta Range Rover SVR bernilai RM360,000.

“Turut dirampas 26 utas jam mewah jenama Rolex bernilai RM2.3 juta, barang kemas RM294,039.90, dua cincin berlian RM20,000, jongkong emas 3.7 kilogram bernilai RM2.5 juta, medalion emas 150 gram bernilai RM102,000 dan dua dinar emas (8.5g) RM5,780.

“Kesemua aset dan wang tunai ini dirampas daripada dua buah kediaman masing-masing di Kuala Lumpur dan Besut, Terengganu,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.

Katanya, selain rampasan itu, pihaknya turut membekukan 75 akaun syarikat berjumlah RM32.5 juta termasuk daripada pegawai tertinggi tentera dan kontraktor yang disiasat dalam Ops Parasit.

Dalam pada itu, Azam berkata, bagi Op Star pula, pihaknya telah merampas keseluruhan RM4.7 juta termasuk wang tunai, kende­raan, jongkong emas dan pembekuan akaun syarikat.

“Dua kenderaan mewah jenis Mercedes A180 class dan Toyota Vellfire dirampas selain sebuah kereta Proton Iriz, dua motosikal jenis Yamaha Xmax 250 dan Honda Adv 150.

“Turut dirampas wang tunai bernilai RM1.3 juta, RM721,000 (jumlah keseluruhan nilai mata wang asing), 66 jongkong emas (2.49kg) (anggaran nilai RM1.7 juta) dan lapan akaun syarikat dibekukan,” katanya.

Ditanya sama ada aset dan wang tunai dirampas diperolehi suspek sebagai hadiah atau dibeli, Azam bagaimanapun enggan menjelaskan perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN