SETIU: Sistem perparitan yang tidak diselenggara di kawasan sawah menjejaskan seramai 90 petani yang mengusahakan tanaman padi di Kampung Buluh Hilir, di sini. Seorang petani, Marzuki Ibrahim, 52, berkata, keadaan itu berlarutan sejak tiga tahun lalu mengakibatkan saluran yang sedia ada ditumbuhi semak-samun dan menjejaskan aliran keluar masuk air ke dalam petak sawah. “Aduan telah beberapa kali diajukan kepada pihak berwajib namun tiada tindakan diambil dan dikatakan tidak mempunyai peruntukan…










