KUALA SELANGOR: Komplikasi yang dialami seorang ibu hamil menjadi hikmah buatnya apabila anaknya dilahirkan pada pagi 1 Januari di Hospital As Sultan Abdullah (HASA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, kelmarin. Jelita Arabella Ahmad Awalli dilahirkan pada pukul 4.20 petang selepas ibunya, Ainal Kamalia Abdul Wahib bergegas ke hospital kerana mula berasa sakit. Menurut Ainal Kamalia, 36, susulan komplikasi tersebut, Jelita Arabella dilahirkan menerusi pembedahan caesarean kerana keadaan anak keempatnya…










