TELUK INTAN: Demi menuntut ilmu, dua pelajar sekolah menengah di sini sanggup menempuh perjalanan sejauh 20 kilometer (km) setiap hari menggunakan pengangkutan darat dan air untuk ke sekolah. G. Jayanesh, 14, dan G. Yuugan, 16, yang tinggal berjiran di Ladang Sebrang di sini meredah kawasan hutan dengan motosikal sebelum menaiki bot penambang menyeberangi Sungai Perak untuk ke sekolah SMK Saint Anthony. Dua sekawan ini bangun seawal pukul 5 pagi dan…










