SEREMBAN: Proses sulh melibatkan tuntutan harta sepencarian antara penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad, 40 dan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, gagal mencapai penyelesaian. Ia selepas selebriti itu gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban di Bandar Sri Sendayan di sini semalam. Peguam syarie, Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff yang mewakili Afifah Hidayah berkata, ketidakhadiran selebriti itu tanpa sebarang notis telah menjejaskan matlamat prosiding sulh ataupun penengah yang sepatutnya…










