KUALA LUMPUR: Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali telah memfailkan saman fitnah terhadap Aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard yang didakwa mengaitkannya dengan isu rasuah. Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Syed Amir Naqib & Co (SANCO) di Mahkamah Tinggi di sini semalam. Peguam Muhamad Firdaus Jumaludin yang mewakili Sabri selaku plaintif berkata saman itu difailkan selepas Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin…










