Polis Kelantan percaya Luna bersembunyi di Thailand

Polis Kelantan percaya Luna bersembunyi di Thailand

LUNA yang disyaki sebagai dalang utama sindiket penyeludupan bunga ganja bernilai RM1.82 juta yang di Kuala Krai minggu lalu, dipercayai sedang bersembunyi di Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita dikenali sebagai Luna dan disyaki sebagai dalang utama sindiket penyeludupan bunga ganja bernilai RM1.82 juta yang di Kuala Krai minggu lalu, dipercayai sedang bersembunyi di Thailand.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, hasil pemeriksaan di rumah keluarga mendapati suspek sudah tiada.

Katanya, susulan itu Polis Kelantan sudah menghubungi pihak berkuasa Thailand itu untuk membantu mengesan dan menangkap wanita berkenaan.

“Kita (polis) percaya suspek sudah berada di seberang (Thailand),” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Utusan Malaysia 11 Januari lalu sebelum ini melaporkan, polis memburu seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta di Kuala Krai minggu lalu.

Siasatan awal mendapati wanita yang dikenali sebagai Luna dan berasal dari Golok, Thailand itu dipercayai mempunyai dua kerakyatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN