Peranan Lembaga Keamanan Gaza masih samar

Peranan Lembaga Keamanan Gaza masih samar

SEORANG kanak-kanak Palestin mengibarkan bendera kebangsaan ketika berjalan di atas runtuhan bangunan di kem Bureij, di tengah Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Fasa kedua gencatan senjata bermula minggu ini, dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan senarai anggota Lembaga Keamanan yang akan menyelia pentadbiran teknokrat baharu serta pemulihan Gaza.

Walaupun rancangan itu kedengaran praktikal di atas kertas, rata-rata rakyat Palestin masih meragui pelaksanaannya dan mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati.

Wartawan Palestin di Gaza, Arwa Ashour berkata, kehidupan di wilayah itu masih dibebani sekatan, ketakutan, serangan dan krisis kemanusiaan walaupun perjanjian gencatan senjata sudah melangkah ke fasa seterusnya.

“Banyak keputusan politik jauh daripada realiti yang dihadapi di Gaza…. walaupun keputusan dibuat untuk meringankan penderitaan, ia sering dihalang oleh pihak berkuasa Israel.

“Orang ramai mahukan semuanya kembali seperti sebelum perang, sekolah, hospital dan kebebasan untuk bergerak. Jika Lembaga Keamanan dapat menyelesaikan semua krisis ini, ia akan diterima baik tetapi jika sebaliknya, peranan jawatankuasa itu akan dipersoalkan,” katanya.

Ashour berkata, selepas dua tahun bergelut peperangan dan lebih 17 tahun pentadbiran wilayah dipimpin oleh Hamas, wujud keinginan untuk melihat perubahan di Gaza.

“Orang ramai mahu menjadi sebahagian daripada proses membina masa depan, bukan sekadar menerima pelaksanaan keputusan yang dibuat,” katanya.

Walaupun model pentadbiran mempunyai komponen Palestin dengan bekas timbalan menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA), Ali Shaath, mengetuai jawatankuasa teknokrat, pentadbiran itu tetap diselia oleh Lembaga Keamanan yang dipimpin Menteri Luar dan Pertahanan Bulgaria, Nickolay Mladenov.

Mladenov, yang pernah berkhidmat sebagai diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Asia Barat, dilihat sebagai seorang pentadbir, tetapi mungkin tidak mampu menentang Israel atau mewakili rakyat Palestin di Gaza.

“Keputusan yang dibuat tanpa penyertaan bermakna daripada mereka yang paling terkesan hanya mengekalkan struktur kuasa yang sama yang membolehkan penjajahan dan genosid ini berlaku.

“Bahkan, mengecualikan rakyat Palestin di Gaza daripada menentukan masa depan mereka sendiri akan merampas kuasa dan menjadikan usaha pemulihan serta pentadbiran alat kawalan, bukan membantu mereka untuk pulih,” kata ketua media Euro-Med Human Rights, Maha Hussaini kepada Al Jazeera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN