Pengerusi Fed jadi sasaran tekanan politik

Pengerusi Fed jadi sasaran tekanan politik

JEROME POWELL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pendakwa raya persekutuan membuka siasatan jenayah terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed), Jerome Powell.

Dalam satu video yang mengumumkan siasatan itu, Powell berkata, jabatan kehakiman AS menyerahkan sepina kepada agensi itu dan mengancam pendakwaan jenayah berkaitan keterangannya kepada jawatankuasa Senat mengenai pengubahsuaian bangunan Rizab Persekutuan.

Beliau menyifatkan siasatan itu sebagai ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’, dan percaya ia dibuka kerana tindakannya yang menentang Donald Trump serta keengganan menurunkan kadar faedah walaupun terdapat tekanan daripada Presiden Amerika itu.

Powell merupakan individu terbaharu yang berselisih faham dengan Trump dan kemudian menghadapi siasatan jenayah oleh jabatan kehakiman AS.

“Ini mengenai sama ada Fed akan dapat terus menetapkan kadar faedah berdasarkan bukti dan keadaan ekonomi, atau dasar monetari akan dikawal oleh tekanan politik dan ugutan.

“Saya amat menghormati kedaulatan undang-undang dan akauntabiliti dalam demokrasi. Namun tindakan belum pernah berlaku ini perlu dilihat dalam konteks ancaman dan tekanan berterusan daripada pentadbiran,” kata Powell pada Ahad.

Beliau berulang kali dikritik oleh Trump kerana enggan menurunkan kadar faeadah secepat yang diinginkan oleh presiden itu.

Pada separuh kedua 2025, Fed menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali.

Senator Republikan dari Carolina Utara, Thom Tilis, yang juga ahli Jawatankuasa Perbankan Senat, berkata beliau akan menentang pencalonan pengganti Powell serta mana-mana calon Lembaga Fed lain, sehingga isu perundangan tersebut diselesaikan sepenuhnya.

“Sekarang yang dipersoalkan adalah kebebasan dan kredibiliti Jabatan Kehakiman,” katanya.

Menurut New York Times, penyiasatan akan dipantau oleh Pejabat Peguam untuk Daerah Columbia.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN