HULU SELANGOR: Penduduk di empat tanah rancangan Felda menyifatkan pembinaan ladang babi berpusat yang akan dibina di atas tapak seluas 202 hektar dekat Bukit Tagar, di sini ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan’. Ia kerana, lain pembangunan yang penduduk harapkan seperti menaiktaraf hospital di Kuala Kubu Baharu, menyelesaikan masalah jalan tidak rata serta fasiliti lain terutama di kawasan Felda Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Soeharto dan…










