Korea Selatan dituduh intip Pyongyang

Korea Selatan dituduh intip Pyongyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara menuduh Korea Selatan sekali lagi menghantar dron pengintip ke wilayahnya bulan ini, dakwaan yang dinafikan oleh Seoul.

Tentera Korea Utara dilaporkan mengesan dron itu bergerak ke utara di daerah sempadan Ganghwa, Korea Selatan, pada awal Januari sebelum menembak jatuh berhampiran bandar Kaesong.

“Peralatan pengawasan dipasang pada dron itu dan analisis serpihan menunjukkan ia menyimpan rakaman sasaran penting Korea Utara, termasuk kawasan sempadan,” kata jurucakap tentera dalam kenyataan disiarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Korea Selatan berkata, ia tidak mempunyai rekod penerbangan tersebut, dan Menteri Pertahanan, Ahn Gyu-back, menegaskan dron yang dirujuk Pyongyang itu bukan model dikendalikan tentera mereka.

Susulan itu, Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung mengarahkan siasatan.

Ganghwa, terletak di barat laut Seoul, merupakan antara wilayah Korea Selatan yang paling hampir dengan Korea Utara.

Jurucakap tentera Korea Utara berkata, pencerobohan itu mirip dengan insiden September lalu, apabila Seoul dikatakan menghantar dron berhampiran bandar sempadan Paju.

“Korea Selatan akan membayar harga yang mahal jika pencerobohan sebegini diteruskan,” kata jurucakap tersebut.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN