Kanak-kanak parah dilanggar kenderaan agensi penyelamat, polis jamin siasatan telus

Kanak-kanak parah dilanggar kenderaan agensi penyelamat, polis jamin siasatan telus

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada anggotanya semasa Perhimpunan Bulanan Polis Peringat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus melibatkan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat yang parah sebuah jentera milik agensi penyelamat semasa hari keluarga di Bachok pada 3 Januari lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, susulan kejadian itu pihkanya sudah merakam percakapan pemandu kenderaan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita beri jaminan, siasatan secara telus akan dijalankan. Setakat ini sebanyak tiga aduan berkaitan kemalangan itu sudah diterima.

“Mangsa dilaporkan masih belum sedarkan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis Peringat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kota Bharu di sini.

Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa Nurul Afia Raisha Muhamad Shamsul mengalami kecederaan parah pada bahagian abdomen selain patah bahu kanan, tulang selangka dan tulang rusuk selepas dilanggar.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan Nurul Afzan Che Ramlee, 33, berkata anak bongsu daripada tiga adik beradik itu, masih memerlukan bantuan pernafasan dan sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Katanya, setakat ini Nurul Afia sudah selepas menjalani tiga pembedahan kecil pada bahagian dada dan menunjukkan perkembangan positif walaupun masih kritikal.

“Semasa hari kejadian, anak saya sedang bermain di kawasan padang, tempat berlangsungnya acara sukan rakyat sebelum dilanggar kenderaan agensi jabatan yang sedang mengundur.

“Pada waktu kejadian juga beberapa kanak-kanak lain bermain di tempat yang sama kerana kawasan berkenaan bukan di atas jalan, sebaliknya tapak sukaneka yang selamat,” ujarnya.

Nurul Afzan berkata, anaknya kemudian dibawa menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Bachok untuk rawatan awal.

Katanya, dia kemudian dipindahkan ke HPUSM untuk rawatan lanjut memandangkan keadaanya yang kritikal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN