Jepun adakan pilihan raya dalam masa terdekat?

Jepun adakan pilihan raya dalam masa terdekat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, sedang mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam beberapa minggu akan datang, bagi memanfaatkan sokongan kuat rakyat terhadap pemerintahannya.

Takaichi, yang mencatat sejarah sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun apabila dilantik pada Oktober, menerima kadar sokongan sekitar 70 peratus.

Namun, blok pemerintahannya hanya mempunyai majoriti tipis di dewan rakyat, sekali gus menyukarkan usaha melaksankan agenda dasar beliau.

Menurut sumber kerajaan, Takaichi sedang mempertimbangkan pembubaran untuk membubarkan dewan rakyat pada permulaan sesi Parlimen 23 Januari, lapor akhbar Yomiuri dan Mainichi.

Ini bermakna, pilihan raya berkemungkinan besar akan diadakan pada awal hingga pertengahan Februari.

Mainaichi melaporkan, pentadbiran Takaichi berpandangan pembubaran awal perlu dilakukan ketika sokongan terhadap pemerintahannya masih tinggi untuk mengukuhkan kuasa.

Takaichi menjadi perdana menteri kelima Jepun dalam tempoh lima tahun apabila beliau dipilih mengetuai kerajaan minoriti.

Namun kedudukan pemerintahannya kembali kukuh pada November lalu, selepas Parti Liberal Demokratik (LDP) dan rakan gabungannya, Parti Inovasi Jepun, meraih semula majoriti di dewan rendah apabila tiga ahli parlimen menyertai LDP.

Walaupun begitu, blok pemerintah masih merupakan minoriti di dewan tinggi.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN