PORT DICKSON: Jaguh lempar cakera wanita negara, Queenie Kung Ni Ting, 28, dinaikkan ke pangkat koperal susulan pencapaiannya meraih pingat perak pada Sukan SEA Thailand 2025 baru-baru ini. Beliau yang juga anggota Pasukan Simpanan (Wataniah) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, pengiktirafan itu menjadi suntikan semangat buatnya untuk terus berusaha meningkatkan prestasi dalam bidang sukan. Katanya, walaupun gagal memecahkan rekod kebangsaan pada temasya sukan dwitahunan itu, pencapaian melontar sejauh 51.81 meter…










