Isu sekolah kurang murid perlu dilihat dalam konteks lebih luas - Utusan Malaysia

Isu sekolah kurang murid perlu dilihat dalam konteks lebih luas

RUSMINI Ku Ahmad (kanan) beramah mesra bersama salah seorang pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) semasa turun ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ali Ahmad, Kangar, Perlis, bersempena hari pertama pembukaan sekolah sesi 2026, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Isu kekurangan murid di sekolah perlu dilihat dalam konteks lebih luas berikutan kemasukan murid adalah berdasarkan lokaliti dan demografi bagi sesuatu kawasan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia-Sektor Dasar & Kurikulum), Dr. Rusmini Ku Ahmad berkata, setakat ini masih terdapat beberapa sekolah di negara ini berdepan situasi kekurangan murid dengan enrolmen 150 dan ke bawah.

“Sekolah kurang murid setakat ini masih ada di mana kalau kita lihat enrolmen yang di bawah 150 itu adalah ditakrifkan sebagai sekolah kurang murid.

“Dan semalam juga saya berada di Kedah di mana enrolmennya adalah melepasi dengan seramai 860 orang murid,” katanya ketika ditemui sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ali Ahmad di sini hari ini.

Rusmini berkata demikian bagi menjawab pertanyaan sama ada masih terdapat sekolah-sekolah di negara ini berdepan dengan situasi kekurangan murid.

Bagi tahun ini, seramai 24,054 murid tahun satu direkodkan mendaftar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di seluruh negeri ini.

Selain itu, murid tingkatan satu yang direkodkan mendaftar bagi sesi 2026 ini adalah seramai 3,923 orang membabitkan kelas aliran perdana, kelas peralihan dan sekolah agama swasta.

Rusmini berkata, tahun ini adalah merupakan tahun penting buat Kementerian Pendidikan di mana Pelan Pembangunan Pendidikan 2026-2035 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan.

“Pelan itu adalah merupakan kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang akan menetapkan atau memberi penekanan kepada merapatkan jurang dan meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya.

Tambah Rusmini, Kementerian Pendidikan juga sedang dalam proses bagi membekalkan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah secara berperingkat selepas ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN