PADANG RENGAS: Berat dugaan ditanggung seorang wanita apabila dalam meniti usia emas, dia masih cekal menjaga suami yang menghidap penyakit paru-paru kronik selain anak lelaki orang kurang upaya (OKU). Hanim Azuar Mohamad, 69, berkata, suaminya, Mohd. Sapiee Kamarudin, 74, yang disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak enam tahun lalu kini bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen. Malah, suaminya itu juga terpaksa kerap berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. “Selain suami, saya…










