'Israel makin tambah beban sekatan di Gaza' - Guterres

‘Israel makin tambah beban sekatan di Gaza’ – Guterres

SEORANG penduduk Palestin berjalan menggunakan tongkat menuju ke klinik Doktor Tanpa Sempadan (MSF), di kawasan kejiranan al-Rimal di Gaza City.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa Israel membatalkan larangan ke atas 37 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

Guterres menyifatkan tugas NGO sebagai penting untuk usaha kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa, menurut jurucakapnya, Stephane Dujarric.

Beliau turut menegaskan penggantungan itu berisiko menjejaskan kemajuan rapuh yang dicapai semasa gencatan senjata.

Israel mengharamkan kumpulan kemanusiaan tersebut kerana gagal memenuhi peraturan pendaftaran baharu yang mewajibkan NGO beroperasi di wilayah diduduki untuk menyediakan maklumat terperinci mengenai kakitangan, pembiayaan serta operasi.

Israel berjanji menguatkuasakan larangan tersebut bermula 1 Mac.

Pakar mengecam keperluan tersebut sebagai tindakan sewenang-wenangnya dan melanggar prinsip kemanusiaan.

Kumpulan bantuan berkata, pendedahan maklumat peribadi kakitangan Palestin kepada Israel boleh meletakkan mereka dalam risiko bahaya.

Antara kumpulan yang terlibat dalam larangan itu termasuk Doktor Tanpa Sempadan (MSF), Majlis Pelarian Norway dan Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa.

Dalam kenyataannya, Guterres berkata, larangan ke atas NGO terbabit hanya menambah beban kepada sekatan sedia ada yang menangguhkan bekalan makanan, perubatan dan tempat perlindungan kritikal daripada memasuki Gaza.

“Tindakan terbaharu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hampir keseluruhan penduduk Gaza terpaksa dipindahkan sepanjang perang, dengan ramai masih tinggal di khemah dan tempat perlindungan sementara.

Sebelum gencatan senjata yang berkuat kuasa Oktober, Israel mengekalkan sekatan ketat ke atas bantuan yang memasuki wilayah itu.

Berdasarkan perjanjian, Israel sepatutnya memberi akses bantuan tanpa sekatan.

Sekatan berterusan itu termasuk bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menyediakan tempat perlindungan lebih baik dan daripada banjir ketika ribut musim sejuk yang dahsyat, menurut PBB.- AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN