KUANTAN: Usaha golongan transgender mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah seperti mengaji al-Quran, menunaikan umrah dan haji tidak bercanggah dengan prinsip syariah, malah diterima sebagai amalan sah dalam Islam. Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, semua umat Islam yang akil baligh, waras dan merdeka boleh menunaikan umrah atau haji, tidak kira apa dosa yang pernah dilakukannya. Malah beliau menegaskan, ibadah kanak kanak yang mumayyiz dikira sah…










