Iran tarik balik sekatan internet secara berperingkat

Iran tarik balik sekatan internet secara berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran akan secara berperingkat menarik balik sekatan internet dan komunikasi yang dikenakan, susulan keganasan semasa protes ekonomi sejak akhir bulan lalu, lapor agensi berita separa rasmi Fars pada hari Sabtu.

Memetik pegawai keselamatan, agensi berita itu melaporkan keputusan tersebut dibuat selepas ‘isu keselamatan dapat dikawal’ dan tokoh penting ‘organisasi pengganas’ ditahan oleh pihak berkuasa.

Pegawai mendakwa, had akses internet secara signifikan melemahkan hubungan dalaman rangkaian pembangkang di luar negara serta menghalang operasi ‘sel pengganas’.

Menurut rancangan pemulihan perkhidmatan berdasarkan keadaan keselamatan, perkhidmatan pesanan teks (SMS)diaktifkan semula sebagai langkah pertama, diikuti dengan akses penuh kepada rangkaian internet kebangsaan dan aplikasi domestik pada fasa kedua sebelum akses internet antarabangsa dipulihkan pada peringkat ketiga.

Sumber tempatan mengesahkan akses kepada aplikasi pesanan domestik seperti Eita dan Bale telah dipulihkan selepas beberapa hari gangguan.

Sekatan itu dilaksanakan selepas protes mengenai isu ekonomi bertukar ganas pada 8 Januari.

Pegawai berkata, kerajaan ‘sepenuhnya menyedari tanggungjawab hak asasi manusia’ terhadap rakyat dan mengambil semua langkah perlu untuk mengamalkan kawalan maksimum, sambil menunaikan tanggungjawabnya untuk melindungi rakyat dan mengekalkan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Dalam pada itu, pemantau internet NetBlocks berkata, metrik menunjukkan sedikit peningkatan dalam sambungan internet di Iran pada pagi Sabtu.

Namun, keseluruhan sambungan masih berada pada dua peratus daripada tahap biasa dan tiada petanda pemulihan yang signifikan, menurut kenyataan mereka di platform media sosial AS, X.

Walaupun pegawai Iran belum mengeluarkan angka rasmi mengenai korban, sebuah pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di AS berkata jumlah kematian meningkat kepada 3,090.

Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA) melaporkan bahawa 2,055 orang lagi turut cedera manakala 22,123 individu telah ditahan di seluruh negara sejak rusuhan bermula.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN