Indonesia perlu tiga tahun pulihkan Sumatera

Indonesia perlu tiga tahun pulihkan Sumatera

SERPIHAN daripada rumah dan kenderaan bertimbun di kawasan yang musnah akibat banjir dahsyat melanda Kampung Aek Garoga, Tapanuli Selatan di Sumatera Utara.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mungkin mengambil masa sehingga tiga tahun untuk memulihkan sepenuhnya Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat selepas banjir dahsyat serta tanah runtuh memusnahkan wilayah itu pada November lalu.

Menteri Kerja Raya, Dodo Hanggodo berkata, jangka masa itu mengambil kira kerja pembinaan dan pembaikan untuk infrastruktur penting, termasuk jalan raya, jambatan dan sumber air.

“Usaha pemulihan mungkin dapat disiapkan dalam masa dua tahun sahaja. Namun, kementerian kita mencadangkan pelan pemulihan tiga tahun kepada Badan Perancangan Pembangunan Nasional,” katanya dalam taklimat media di Jakarta, kelmarin.

Beliau berkata, beberapa projek mungkin mengambil masa lebih lama untuk disiapkan, merujuk pembinaan empangan sekatan berlapis, pembinaan empangan sabo untuk kawalan serpihan dan pemulihan Lebuhraya Tol Lembah Anai, yang dijangka mengambil masa satu hingga dua tahun.

“Dalam kata lain, beberapa kerja fizikal tidak bertujuan untuk disiapkan dengan cepat,” katanya.

Dodo berkata, kerajaan pusat sedang menumpukan sumber untuk membolehkan komuniti yang terjejas menyambung semula aktiviti harian dengan membuka semula akses ke kawasan yang sebelum ini terputus.

“Matlamat utama saya adalah untuk memastikan tiada kampung yang terpencil,” katanya.

Beliau turut melaporkan, kerajaan membuka semula 99 jalan raya kebangsaan dan 33 jambatan yang rosak akibat bencana tersebut.

“Kita kini menumpukan perhatian kepada pembaikan infrastruktur di peringkat mukim dan kampung,” katanya sambil menambah sekitar 1,900 jalan dan 753 jambatan terjejas akibat banjir serta tanah runtuh.

Menteri itu memberi jaminan pemulihan sedang dijalankan, dengan 72 peratus jalan raya beroperasi dan 12 peratus jambatan sedang dalam proses pembaikan.- ANTARA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN