FLORIDA: Empat angkasawan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebulan lebih awal, dalam pemindahan perubatan pertama sejak stesen itu ditempatkan di orbit Bumi pada 1998.
Angkasawan berkenaan, dikenali sebagai Crew 11, mendarat di diluar pantai California pada awal pagi Khamis waktu tempatan.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), perjalanan mereka dipendekkan berikutan masalah perubatan melibatkan seorang anak kapal.
Agensi itu tidak memberikan butiran mengenai anak kapal atau jenis masalah perubatan tersebut, tetapi memaklumkan keadaan mereka stabil.
Kawalan ISS kini diserahkan kepada angkasawan Russia, Sergey Kud-Sverchkov, bersama dua anak kapal lain.
Crew 11, melibatkan Mike Fincke, Zena Cardman, Kimiya Yui dari Jepun dan angkasawan Oleg Platonov, tiba di ISS pada 1 Ogos dengan jangkaan misi selama enam bulan setengah. Mereka dijadualkan pulang pada pertengahan Februari.
Namun minggu lalu, aktiviti angkasa lepas yang dijadualkan untuk Fincke dan Cardman dibatalkan saat akhir. Beberapa jam kemudian, NASA mendedahkan seorang anak kapal jatuh sakit.- BBC










