Cermin mata pintar bantu sokong golongan buta

Cermin mata pintar bantu sokong golongan buta

CERMIN mata pintar popular seperti AI Meta mampu menerangkan apa yang berada di hadapan pengguna melalui arahan suara.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Teknologi cermin mata pintar, yang sering diperdebatkan manfaatnya bagi pengguna biasa, semakin mendapat tempat dalam kalangan individu cacat penglihatan, yang menggunakan peranti tersebut untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Beberapa syarikat kecil baharu, termasuk yang mempamerkan produk mereka di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas minggu ini, kini membina ekosistem khusus daripada produk sedia ada untuk menyokong pengguna buta.

“Bagi orang yang boleh melihat, cermin mata pintar hanya memberitahu apa yang mereka sudah nampak. Tetapi bagi individu buta, ia sangat berguna.

“Walaupun telefon pintar sudah membantu golongan buta, tetapi mereka perlu memegang peranti dengan betul. Jika ia berada di kepala, ia pastinya jauh lebih intuitif,” kata ketua editor majalah AccessWorld, Aaron Preece.

Menurut Agensi Antarabangsa untuk Pencegahan Kebutaan, 43 juta orang di seluruh dunia buta, manakala 295 juta lagi mengalami masalah penglihatan sederhana hingga teruk.

Cermin mata pintar popular seperti AI Meta, datang dalam gaya Ray-Ban atau Oakley, mampu menerangkan apa yang berada di hadapan pengguna melalui arahan suara.

Dengan aplikasi Be My Eyes, pengguna juga boleh mendapatkan sukarelawan untuk menggambarkan pemandangan yang dirakam melalui kamera.

Syarikat permulaan California, Agiga, membangunkan cermin mata EchoVision dengan input daripada pengguna buta, termasuk legenda muzik Stevie Wonder.

Menurut syarikat itu, penerangan audio yang disediakan lebih jelas dan komprehensif berbanding produk sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Agiga, Xiaoran Wang, sudut kamera 110 darjah pada cermin mata itu merakam 50 peratus lebih banyak berbanding cermin mata pintar lain, sekali gus mengurangkan keperluan pengguna untuk memalingkan kepala bagi merakam pemandangan.

Pelancaran dijadualkan pada suku pertama 2026 pada harga AS$599 (RM2,433), tidak termasuk langganan perkhidmatan AI, berbanding harga permulaan Ray-Ban Meta AS$299 (RM1214.50)

Syarikat Envision dari Belanda pula melancarkan model dalam kerjasama dengan pakar Hong Kong, Solos, pada harga AS$699, termasuk akses setahun ke perisian Ally dengan langganan AS$10 (RM40.60) sebulan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN