PORT DICKSON: Pembekuan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti diarahkan Perdana Menteri semalam diakui memberi implikasi terhadap pasukan Tentera Darat. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman bagaimanapun berkata, langkah sementara tersebut adalah perlu diambil bagi menilai semula keutamaan dan mekanisme pelaksanaan program sedia ada. Katanya, sehubungan itu, Tentera Darat masih meneliti arahan berkenaan dan akan menyesuaikan perancangan sedia ada termasuk merangka langkah mitigasi yang bersesuaian. “Setiap tahun memang…










