PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan akan melakukan penilaian implikasi susulan arahan Perdana Menteri supaya keputusan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekukan sementara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penilaian itu melibatkan perolehan sedia ada termasuk kontrak yang telah dimeterai dengan mengambil kira obligasi kontrak, keperluan operasi semasa serta kepentingan keselamatan negara. “Kementerian Pertahanan akur arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembekuan…










