PETALING JAYA: “Anak saya masih trauma dan enggan ke sekolah selepas hidungnya berdarah ditampar seorang murid perempuan ketika ingin ke tandas sekolah.” Demikian kongsi Syed Rosli Syed Harman, 50, iaitu bapa kepada seorang murid darjah satu yang cedera di hidung dipercayai ditampar murid perempuan dalam kejadian di sebuah sekolah di Ampang Jaya di sini. Menurutnya, kejadian itu disedari dia dan isterinya selepas dihubungi pihak sekolah pada 3 petang Isnin lalu…










