BEIJING: Alibaba Cloud Qwen-3 menjadi model kecerdasan buatan (AI) serba guna pertama di dunia yang dimuat naik dan beroperasi di orbit.
Menurut syarikat baharu aeroangkasa China, Adaspace Technology, pelaksanaan itu dilakukan pada November 2025 melalui buruj satelit yang dilancarkan pada Mei lalu.
Ia sebahagian daripada ‘Projek Star-Compute’, yang bertujuan untuk menyokong latihan dan inferens AI di angkasa.
Menurut syarikat itu, keseluruhan proses, daripada memuat naik soalan sehingga menerima keputusan, mengambil masa kurang dua minit.
Pusat pengkomputeran angkasa awal Adaspace merangkumi 12 satelit, menjadikannya buruj satelit pengkomputeran AI pertama di dunia, dengan rancangan untuk melancarkan pusat tambahan pada 2026.
Projek Star-Compute berhasrat untuk menggunakan 2,400 satelit inferens dan 400 unit latihan menjelang 2035.
Ditubuhkan pada 2018 dan berpusat di Chengdu, Adaspace menyelesaikan 14 misi angkasa dan dinilai lebih 6.8 bilion yuan (RM3.8 bilion) selepas pusingan pembiayaan terbaharunya pada Julai 2025.- AGENSI










