KUALA LUMPUR: Sebahagian akar umbi UMNO lebih selesa parti itu bergerak sendiri berbanding menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti khususnya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Tinjauan Utusan Malaysia dalam kalangan perwakilan mendapati UMNO perlu segera membuat pendirian untuk berdiri sendiri tanpa melibatkan kerjasama sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Muafakat Nasional (MN). Ketua Penerangan Wanita daripada negeri Pahang, enggan dinamakan berkata, jentera kini sukar mendekati pengundi berikutan sentimen penolakan…










