HULU SELANGOR: Kira-kira 400 penduduk dan individu dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di dua lokasi bagi menyatakan bantahan pembinaan ladang babi berpusat di Bukit Tagar, di sini. Perhimpunan secara aman itu diadakan hadapan pintu masuk utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan di Felda Sungai Tengi Selatan di Hulu Selangor. Di hadapan pintu gerbang tanah rancangan itu, hampir 300 penduduk berhimpun…










