TANAH MERAH: Perjuangan hidup seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak usia empat tahun berakhir apabila Nur Ainul Darwisya Mohd. Zulfikri, 15, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tanah Merah, di sini, awal pagi semalam. Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.15 pagi selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas, sekali gus menutup episod lebih 11 tahun bertarung dengan penyakit buah pinggang tahap akhir dan pelbagai komplikasi kesihatan. Bapanya,…










