PORT DICKSON: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar tiga buah kereta dalam nahas di Kilometer 29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Maslan Udin berkata, ketika kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, mangsa, V. Vasandakumaran, 67, yang juga seorang pengawal keselamatan menunggang motosikal dari arah Seremban menuju ke Port Dickson. “Siasatan awal mendapati sebuah kereta dipandu lelaki berusia 23 tahun…










