KOTA BHARU: Kontrak ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah sebagai tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pondok Moden, Kandis, Bachok tidak sambung adalah palsu.
Anak kepada ulama itu, Adnan Wazir berkata, perkara tersebut tidak benar.
“Berita Ayahanda Abuya Syeikh Wazir tidak di sambung kontrak di Pusat Pengajian Pondok adalah tidak benar,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dibuat naik di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Terdahulu tular satu hantaran di laman sosial Facebook oleh Hasnul Zulkarnain yang memaklumkan Syeikh Wazir tidak disambung kontrak mengajar di Pondok Moden, Kandis.
“Allahuakbar..!! Ulama besar dipinggirkan kerana agenda pihak tertentu,” tulisnya.-UTUSAN










