Tiga lelaki lari, gagal seludup lebih 8 tan minyak masak peket ke Thailand

Tiga lelaki lari, gagal seludup lebih 8 tan minyak masak peket ke Thailand

LORI yang digunakan untuk membawa minyak masak peket bagi tujuan penyeludupan di rampas oleh KPDN Kelantan dan PPM Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor di Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan semalam-IHSAN KPDN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Cubaan tiga lelaki untuk menyeludup lebih lapan tan minyak masak paket bersubsidi ke Thailand gagal selepas pihak berkuasa merampas sebuah lori membawa muatan tersebut di Kampung Bunohan, di sini, semalam.

Rampasan bernilai RM20,825 itu dilakukan hasil operasi bersepadu antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor pada pukul 2.57 petang.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, sebelum itu pihaknya telah mengekori lori jenis Isuzu itu sejauh 58.8 kilometer dari Pasir Puteh ke Bunohan.

Katanya, menyedari kehadiran anggota penguat kuasa lori tersebut telah berhenti secara mengejut di Kampung Bunohan dan tiga lelaki termasuk pemandu telah bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan keatas lori itu telah 8,330 kg minyak masak paket bersubsidi yang disyaki untuk tujuan penyelewengan. Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM65,825.

“Usaha mengesan suspek dilakukan selama hampir dua jam di sekitar lokasi kejadian namun kesemua individu terbabit gagal dikesan dan tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik kenderaan dan barangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN