Taiwan perketat keselamatan selepas serangan metro Taipei

Taiwan perketat keselamatan selepas serangan metro Taipei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan meningkatkan kawalan keselamatan di hab pengangkutan selepas serangan pisau di ibu negara yang meragut tiga nyawa dan mencederakan beberapa lagi.

Siri keganasan yang jarang berlaku itu mengejutkan negara demokrasi berpenduduk 23 juta orang.

Polis bersenjata ditempatkan di stesen metro utama di Taipei pada Isin, sementara pihak berkuasa menyiasat beberapa laporan ancaman serangan tiruan, termasuk satu yang melibatkan bom di metro.

“Kami menerima puluhan ancaman keselamatan sejak kejadian berlaku,” kata Encik Lu Chun-hung, komander polis Taipei dari Bahagian Siasatan Jenayah, kepada Bloomberg News.

Chun-hung berkata, polis akan meningkatkan keselamatan di hab pengangkutan, sambutan Tahun Baharu, konsert dan acara besar lain.

Katanya, pihak berkuasa akan memperkukuh penempatan polis serta meningkatkan mekanisme tindak balas di lokasi dan melindungi keselamatan awam.

Tumpuan keselamatan yang dipertingkatkan itu susulan tindakan seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Chang Wen, 27, melakukan serangan bom asap dan pisau di stesen kereta api utama Taipei.

Dia kemudian menikam beberapa orang di kawasan membeli-belah berhampiran.

Polis berkata, lelaki itu membunuh tiga orang sebelum jatuh dari sebuah bangunan dan maut. Seramai 11 orang lain cedera dalam insiden tersebut.

Chang merupakan individu dikehendaki sejak Julai kerana melanggar undang-undang tentera, menurut pihak berkuasa.

Laporan media tempatan menyatakan suspek meninggalkan tentera selepas insiden memandu dalam keadaan mabuk dan kemudian gagal menghadiri latihan simpanan.

Polis berkata, Chang mula membeli peralatan dan bahan yang digunakan dalam serangan itu seawal April 2024.

Serangan bersiri seperti yang dilakukan oleh Chang adalah jarang berlaku di Taiwan. Pada 2024, seorang lelaki berusia 20-an di bandar barat Taichung menikam orang di dalam tren, mengakibatkan beberapa orang cedera.- BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN